Monday, December 20, 2021

Kun Mumtazan UPKK

    Kun Mumtazan UPKK merupakan satu modul yang dibina untuk menjayakan program pengukuhan bahasa Arab di sekolah rendah. Modul ini merupakan bahan rujukan pantas dan mudah untuk difahami berdasarkan silibus UPKK bagi murid tahun 3 dan 4. Modul ini juga disediakan berdasarkan pembelajaran dan kurikulum terkini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Modul ini dibangunkan dengan menerapkan elemen multimedia dan infografik. Modul ini bertujuan untuk membantu pelajar mendalami bahasa Arab dengan lebih mudah dan menyeronokkan khususnya untuk pelajar UPKK yang akan menghadapi peperiksaan akan datang.

    Antara keistimewaan modul ini ialah nota yang disediakan padat dengan infografik yang menarik. la juga memuatkan info tambahan tentang topik terpilih disamping mengikut format peperiksaan terkini. Skema jawapan turut disediakan untuk memudahkan semakan. Sesi pembelajaran berlaku secara dalam talian dengan mengambil kira suasana pandemik semasa.

    Pelbagai aplikasi terkini telah diterapkan ketika pembelajaran berlangsung. Antaranya Google Meet untuk pertemuan secara maya sepanjang kelas berlangsung, Canva untuk penyediaan dan penyuntingan bahan pembelajaran, Youtube untuk perkongsian video selain Whatsapp untuk komunikasi. Manakala untuk tujuan pengukuhan dan penilaian, aplikasi Kahoot, Quizizz dan Wordwall telah digunakan. Modul ini boleh diakses menerusi laman web khas (https://kunmumtazanupkk.blogspot.com/).

    Menerusi modul ini diharapkan pelajar dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Arab. Modul ini juga merupakan alternatif utama untuk pelajar UPKK selain daripada buku teks. Selain daripada itu, modul ini mampu menarik minat dan meningkatkan motivasi pelajar dalam mempelajari bahasa Arab. Maklum balas daripada peserta sangat positif dan mereka seronok mengikuti pembelajaran bahasa Arab berasaskan modul Kun Mumtazan UPKK.